BALING, 27 JANUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Baling baru-baru ini telah menerima satu laporan kejadian ribut yang berlaku pada lewat malam di Kampung Telok Sera Ulu, Baling.

Mangsa Jasni Haron, 52 tahun bersama isteri serta anak-anaknya menceritakan detik berlakunya kejadian tersebut kira-kira jam 10.45 malam itu di saat beliau dan anak-anak sedang berehat untuk tidur.

Tindakan pantas pejabat Zakat Daerah Baling yang terus turun melihat keadaan beliau di tempat kejadian, sangat menyentuh hati beliau sekeluarga.

Berikutan kejadian itu, kediaman mangsa mengelami beberapa kerosakan terutamanya bahagian atap, perabot, dan lain-lain.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim berkata, pihak zakat telah menyalurkan bantuan segera sebagai tanda bersimpati pihak zakat atas musibah yang melanda keluarga beliau sementara bantuan selanjutnya akan dipertimbangkan kemudian.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf