SIK, 23 JANUARI 2019 – PZD Sik bersama Penolong Amil Hujung Bandar, Haji Sobri Ibrahim berkesempatan menziarahi Bibah Othman atau mesra dengan sapaan Tok Bibah, 74 tahun di Sik Kedah.

Sewaktu lawatan tersebut mendapati Keadaan bibah Othman kini sudah uzur dan mengalami beberapa penyakit terutama dibahagian kaki.

Oleh demikian beliau kini tidak dapat lagi berjalan dengan baik hanya bergantung terhadap tongkat sahaja.

Pihak zakat dimaklumkan bahawa kediaman bibah Othman ditimpa pokok besar di bahagian dapur belakang rumahnya ketika waktu subuh sekaligus menyebabkan berlaku beberapa kerosakan yang teruk di sebahagian rumahnya.

Dalam ziarah tersebut, Haji Sobri selaku penolong amil turut menyerahkan Wang Kecemasan Bencana Alam dan Bantuan Makanan kepada bibah Othman bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh beliau.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf