KULIM, 18 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Pejabat Zakat Daerah Kulim baru ini berkesempatan turun menyantuni keluarga Zulkifli Ismail, 50 tahun, yang terlibat dalam tragedi kebakaran lewat petang (16/10/2018), sewaktu Maghrib di Taman Mutiara, Sungai Kob.

Menurut mangsa kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh tong gas di dapur rumahnya, namun begitu pihak bomba dan penyelamat Daerah Kulim masih dalam pemantauan dan siasatan selanjutnya bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut.

Walaupun kediaman Zulkifli musnah hampir separuh daripanya, namum beliau amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim telah menerima maklumat berkaitan kejadian ini melalui talian whatsapp dan telah bertindak untuk turun menyantuni mangsa.

“Pihak kami sempat bertemu dengan mangsa dan mendengar luahan beliau berkenaan kejadian tersebut. Hampir keseluruhan dapur beliau mengalami kerosakan dan beberapa buah bilik turut terkesan.

“Sehubungan itu, LZNK akan menyalurkan bantuan susulan kepada keluarga ini setelah proses dokumentasi selesai.” kata Ustaz Mohd Khairi semasa ditemui di kediaman Zulkifli.

Dalam kunjungan tersebut, Ustaz Mohd Khairi telah menyerahkan kit bantuan makanan dan wang tunai telah disalurkan kepada Zulkifli sekeluarga sambil disaksikan oleh Penolong Amil Kariah Taman Mutiara, Sungai Kob, Ustaz Zulfikri Mat Salleh.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf