BALING, 18 OKTOBER 2018 – Berikutan makluman yang diberitahu oleh kakitangan  Pejabat Kesihatan mengenai seorang pemohon Muhammad Rashidi Yaakob, 36 tahun dari Kampung Kejai mendapat perhatian daripada wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah Daerah Baling.

Beliau yang sebelum ini hanya bekerja sebagai peniaga ikan terputus sumber mata pencarian sejak 2 bulan yang lalu akibat penyakit stroke. Beliau yang mempunyai 3 orang tanggungan terpaksa duduk menumpang di rumah ibu beliau bersama dengan 2 orang lagi adiknya.

Segala perbelanjaan beliau kini hanya menggunakan wang simpanan yang ada dan ihsan daripada adik-adik yang tinggal bersama.

Terdahulu wakil PZD Baling bersama Penolong Amil Qaryah Kejai berkesempatan turun menyantuni beliau sekeluarga untuk melihat keadaan pemohon dan mempertimbangkan bantuan selayaknya memandangkan laporan yang diterima adalah berkaitan dengan rumah beliau yang tidak ada kemudahan bilik air dan tandas.

Walau bagaimanapun, Mohd Rashidi amat bersyukut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak zakat kerana sudi turun melihat keadaan beliau dan juga turut menyerahkan kit bantuan makanan kepada beliau.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf