KUALA MUDA, 11 MAC 2019 – Berikutan kisah tular keluarga dhaif yang tinggal di sebuah pondok di perkuburan bukan Islam di Sungai Petani baru-baru ini, Pejabat Zakat Kuala Muda tampil bagi menyantuni dan menziarahi keluarga tersebut.

Lawatan yang dijalankan turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Muda, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil media.

Muhammad Ridzwan Tee Abdullah bekerja sebagai pembantu di pusat penternakan ayam manakala isterinya Rahimah Abdul Rahim merupakan suri rumah sepenuh masa.

Keluarga ini dikurniakan 6 orang cahaya mata namun seorang anak telah diserahkan ke pusat jagaan dibawah seliaan JKM manakala seorang lagi anak Ridzwan tinggal bersama nenek mereka di Rumah Flat Paya Nahu.

Sehubungan itu, Tempat tinggal yang didiami mereka juga sangat dhoif dengan ketiadaan bekalan elektrik dan bekalan air bersih.Mereka sekeluarga tinggal di kediaman tersebut sejak bulan oktober 2018 hanya bergantung kepada cahaya lilin dan air perigi untuk kegunaan seharian.

Selain itu, Segala perbelanjaan makan minum harian keluarga tersebut ditanggung oleh pihak majikan Ridzwan sepenuhnya.

Terdahulu, LZNK telah menyampaikan sumbangan berupa kit makanan asas kepada keluarga tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

Dalam pada itu wakil PZD Kuala Muda berkata, pihak LZNK telah melantik satu jawatan khas penolong amil dalam setiap qaryah untuk membantu sistem pengagihan zakat.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan asnaf yang wajar dibantu, boleh memaklumkan kepada penolong amil yang dilantik dimana maklumat berkaitan penolong amil tersebut ada ditampal di papan kenyataan khas LZNK di setiap masjid.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”