23 Disember 2016 – Kedah Medical Centre (KMC) hari ini menunaikan zakat perniagaan mereka bagi tahun berakhir 2016 sebanyak RM173,777.44 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Penyerahan tersebut dilakukan oleh Pengerusi KMC yang juga Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Y.A.B. Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah kepada pegawai Jabatan Dakwah dan Kutipan LZNK, Mohammad Suraidi bin Saad.
KMC adalah salah satu hospital swasta yang termoden seumpamanya di negeri Kedah ini serta di wilayah Utara Malaysia.
…kami (LZNK) sangat menghargai setiap sen yang dizakatkan kepada LZNK dan KMC antara hospital swasta yang menunaikan zakat tiap-tiap tahun.
LZNK terus mendoakan agar KMC terus maju jaya dan berkembang pesat dimasa akan datang. Semoga dengan bayaran zakat ini, lebih ramai asnaf terus dibela di negeri Kedah ini.