ALOR SETAR, 26 NOVEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) telah dikunjungi oleh 7 orang mahasiswa dari Al-Bukhary International University (AIU), Alor Setar bagi menemubual berkenaan agihan zakat khususnya dalam Kariah Masjid Al-Bukhary Alor Malai, Alor Setar dan dalam Daerah Kota Setar amnya.

Mereka merupakan mahasiswa tahun pertama dalam Bidang Pentadbiran Perniagaan hadir bagi tujuan untuk membuat penyelidikan berkenaan jabatan yang memberi khidmat sosial kepada masyarakat dalam Daerah Kota Setar.

Dalam pada itu wakil Pejabat Zakat Daerah Kota Setar, berkesempatan memberikan penerangan kepada mahasiswa tersebut dalam menyebarluaskan Semarak Dakwah Zakat Kedah agar semua pihak dapat mengetahui kemana wang zakat diagihkan setelah dikutip.

Menurut Mohd Ishak Syafiq Mohd Khir wakil Mahasiswa AIU, terdapat Banyak maklumat serta pencerahan yang mereka memperolehi dari segi bagaimana cara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam menyemarakkan dakwah dalam berzakat dan membantu asnaf khususnya di Negeri Kedah dalam menyalurkan bantuan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf