BALING, 12 DISEMBER 2018 – Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Mustaqim Zainul Abidin berkesempatan turun melawat rumah yang telah siap dibina oleh kontraktor binaan daripada NASBINA ENTERPRISE sekitar daerah Baling Kedah.

Rumah yang siap dibina merupakan diantara skim bantuan yang ada di bawah senarai bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Nasbina Enterprise telah mendapat tender beberapa bulan dalam projek membina rumah asnaf ini. Justeru itu, mereka perlu mengemukan dokumentasi setelah rumah siap dibina kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Menurut Ustaz Mustaqim , lawatan beliau terdahulu bagi melihat dan memantau keadaan rumah semasa yang telah siap dibina tersebut. Ini bagi memastikan rumah yang siap dibina perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan perlu didiami oleh penerima bantuan rumah tersebut.

Walaupun begitu, skim bantuan rumah yang ditawarkan kepada asnaf zakat adalah perlu mengikut syarat2 dan penelitian yang terperinci. Ini kerana, skim permohonan ini merupakan skim bantuan yang terbesar sekaligus membawa impak yang besar kepada sesiapa yang menerima bantuan tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf