YAN, 12 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Yan berkesempatan berkunjung ke rumah Nazri Abd Taleb, 33 tahun     yang merupakan seorang pesakit kanser hidung tahap 4 yang memerlukan rawatan kimoterapi secara berterusan.

Beliau kini tinggal bersama nenek yang sudah uzur di Kampung Dulang Kechil, Yan.

Keadaan beliau kini bertambah sukar apabila terpaksa berhenti kerja manakala isteri juga tiada sumber pendapatan tetap bagi menyara 2 orang anak yang masih kecil dan juga kos rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu wakil PZD Yan berkata, pihaknya akan cuba mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya untuk diberikan kepada keluarga Nazri bagi mengurangkan bebanan dan kos yang rawatan yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf