ALOR SETAR, 29 SEPTEMBER 2020 – Sumbangan zakat kepada penduduk Flat Tongkang Yard, Seberang Perak, di sini dapat meringankan beban penghuni flat berkenaan yang terpaksa berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar sehingga 7 Oktober depan.

Mufti Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadhzil Haji Awang berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah juga prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk terbabit.

“Kita mohon mereka tenang dan sabar dengan ujian berkenaan selain mengingatkan bahawa masyarakat sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Ayam Segar kepada penduduk terjejas di luar pekarangan flat tersebut di sini hari ini

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Asri Redha dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Azmi Karim.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah, Zakaria Othman berkata, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM15,000 untuk menyediakan bantuan barangan basah kepada 88 keluarga yang menghuni flat berkenaan.

Beliau berharap sumbangan barangan itu dapat memastikan bekalan makanan mencukupi, sekali gus meringankan beban penghuni flat yang terjejas apabila tidak dibenarkan keluar atau mencari rezeki dalam tempoh kuarantin.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”