BALING, 27 OGOS 2018 – Walaupun arus permodenan dan teknologi berkembang pesat pada masa kini, namun tidak semua maklumat dapat diketahui oleh orang awam jika tiada kemudahan disediakan. Oleh itu, Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan papan kenyataan khas seluruh masjid di Negeri Kedah bagi memudahkan anak-anak kariah mendapatkan maklumat berkenaan dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Dalam pada itu, wakil Pejabat Zakat Daerah Baling turun padang bagi mempamerkan nama-nama penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK).

Antara jenis bantuan adalah seperti penerima bantuan bulanan, bantuan rawatan dan sara hidup sekaligus, bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sebagainya.

Menurut Ustaz Mansor, tujuannya adalah supaya anak-anak kariah dapat mengetahui penerima bantuan bagi kariah masing-masing di samping berpeluang mengenal pasti penerima bantuan yang selayaknya seterusnya membuat aduan kepada Pejabat Zakat Daerah jika terdapat sebarang kecurigaan kepada penerima bantuan tersebut.

Tambahnya lagi, Pejabat Zakat Daerah Baling berharap semua pihak dapat bekerjasama ke arah ketelusan maklumat setiap penerima bantuan serta cakna pada setiap maklumat yang dipapar dan disediakan oleh pihak Zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf