KULIM, 27 OGOS 2018 – Penerima bantuan zakat kewangan bulanan sekitar Daerah Kulim dapat menarik nafas lega apabila penyerahan bantuan kewangan dalam bentuk tunai telah diterima mereka sebelum sambutan hari raya AidilAdha baru-baru ini.

Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain berkata, bantuan diserahkan sebelum tibanya hari raya AidilAdha adalah bagi meringankan beban para penerima bantuan tersebut.

Menurut beliau lagi, Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan agihan bantuan kepada penerima melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Namun masih terdapat beberapa orang daripada penerima bantuan tersebut belum menyerahkan salinan akaun bank.

Oleh itu pihak pejabat zakat perlu menyalurkan bantuan berbentuk tunai kepada mereka memandangkan sambutan hari raya AidilAdha bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf