BALING, 17 DISEMBER – Baru-baru ini telah berlangsung satu Majlis penyerahan zakat perniagaan daripada Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad (KPMBB) kepada Seramai 119 orang penerima yang diadakan di Dewan Rumah Amal Baling Kedah.

Program yang berlangsung tersebut merupakan program saban tahun dilakukan oleh mereka sejak 3 tahun yang lalu.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin. Menurut Pengerusi KPMBB, Haji Alias Abu Bakar, Program ini telah memperuntukkan sebahagiannya kepada golongan asnaf seperti fakir miskin , Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga anak2 ahli yang akan melanjutkan pengajian kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Justeru itu, berbaki jumlah RM 24,612.46 telah diserahkan kepada Pejabat Zakat Daerah Baling melalui Pegawainya, Ustaz Ahmad Mustaqim bagi menyalurkan bantuan kepada asnaf yang selayaknya. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf