SIK, 17 DISEMBER – Sebanyak RM 20,600.00 telah diagihkan kepada seramai 82 orang asnaf miskin baharu di Pejabat Zakat Daerah Sik baru-baru ini.

Penerima baru bagi Bantuan Miskin Bulanan ini akan menerima wang bantuan setiap bulan mengikut Skim Had Kifayah minimum RM200 dan maksimum RM500 bagi setiap penerima.

Dalam pada itu, rata – rata penerima menzahirkan ucapan terima kasih buat pembayar zakat di Lembaga Zakat Negeri Kedah kerana dengan wang zakat yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban asnaf.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Mohd Khairul Nizam bantuan bulanan ini boleh dipohon melalui penolong amil di setiap qariah terlebih dahulu, dan selepas semua dokumentasi selesai pejabat zakat daerah akan melakukan tapisan kelayakan melalui sistem had kifayah yang selayaknya.

Tambahnya lagi, untuk rekod jumlah penerima bantuan miskin bulanan pada bulan November bagi daerah Sik ialah seramai1358 orang dengan peruntukan agihan sebanyak RM 333,100.00 sebulan. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf