YAN, 16 OKTOBER 2018 – Berikutan angin kencang dan ribut kuat yang melanda sekitar daerah Yan baru ini telah menerbangkan sebahagian besar atap rumah Nasri tempoh hari.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, beliau tidak mampu membaiki rumahnya dengan kadar segera dan memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan kerosakkan tersebut agak teruk.

Nasri Seman, 46 tahun merupakan seorang pekerja am Environment idaman dan menyara 3 orang anak serta seorang isteri dengan pendapatan bulanan beliau sekitar RM900 sahaja bagi menyara keluarga.

Walaubagaimanapun, Pejabat Zakat Daerah Yan telah meluluskan bantuan baikpulih rumah kepadanya. Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Yan Hj. Logman Husain membuat lawatan projek baikpulih rumah tersebut bagi melihat proses kerja-kerja membaikpulih dijalankan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf