BALING, 17 OKTOBER – Bagi menjayakan misi “Semarak Dakwah Zakat Kedah”, Lembaga Zakat Negeri Kedah memalui Pejabat Zakat Daerah Baling terus bergiat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti dakwah seperti khutbah, taklimat dan pembukaan kaunter zakat di sekitar daerah Baling.

Terdahulu, PZD Baling berkesempatan menyantuni dan memenuhi beberapa jemputan secara langsung dan tidak langsung. Seawal jam 8.00 pagi program bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor untuk membuka kaunter dan menyampaikan taklimat zakat dan diteruskan lagi ke Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar pada pukul 10.00 pagi serta Sekolah Kebangsaan Asam Jawa pada jam 2.00 petang.

Di samping itu juga, Pegawai Zakat Daerah Baling juga turut menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kompleks Rakan Muda Baling dan Kampung.Siput

 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf