ALOR SETAR, 18 FEBRUARI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) antara agensi yang berperanan dalam usaha merubah nasib golongan asnaf menjadi individu berjaya hingga dulunya menjadi penerima zakat dan sekarang menjadi pembayar zakat.

Tiada siapa mahu dilahirkan dalam keadaan daif, hidup dalam serba kekurangan dan melalui ranjau kehidupan yang sukar.

Miskin dan ditimpa penyakit bukan kehendak, tetapi ia tetap berlaku kerana setiap perancangan adalah atas ketentuan Allah SWT yang memilih sesiapa saja untuk diuji sedemikian.

Namun, Allah berjanji bahawa mereka yang rajin berusaha pasti akan dibalas dengan kesenangan pada kemudian hari.

Walaupun terpaksa meminta pertolongan pihak berkaitan, ia dianggap sebagai jalan penyelesaian sementara asalkan beringat untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Begitulah yang dilalui pengusaha kedai makan dan juga bekas penerima bantuan zakat yang kini mula menikmati hidup lebih selesa hasil bantuan dan soko­ngan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Terdahulu, Khatijah Yahaya dan suami tampil ke Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk tujuan menunaikan kewajipan berzakat sebagai orang Islam.

Bersyukur dengan segala kemudahan yang diterima, pasangan yang baru diisytiharkan keluar dari senarai asnaf ini tidak lupa menunaikan kewajipan zakat mereka.

Bagi Khatijah, biarpun sedikit, tetapi diharap dapat dilakukan berterusan agar ramai kalangan asnaf di luar sana akan mendapat sinar kehidupan yang lebih baik.

Beliau juga menyeru agar semua peniaga-peniaga seperti beliau diluar sana supaya dapat mengeluarkan zakat sekiranya berkemampuan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf