BALING, 9 JANUARI 2018 – Penderitaan yang dialami oleh Afifatul Husna Zainul Abidin, 19 tahun yang menderita ketumbuhan otak mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Pejabat Zakat Daerah Baling.

Menurut maklumat yang diterima sebelum ini Husna dijaga oleh keluarga angkat beliau sejak dari kecil lagi.

WalauPun begitu, sejak daripada tahun 2017 beliau telah dijaga semula oleh keluarga kandung beliau.

Bapanya, Zainul Abidin hanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan mengalami masalah dari segi kewangan memandangkan susu dan lampin pakai buang anaknya melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Justeru itu, lawatan yang diketuai oleh Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin bersama penolong Amil Kariah Ulu Bakai, Ustaz Marzuki Shaari telah menyatakan bahawa pihak zakat akan mempertimbangkan bantuan selayaknya untuk disalurkan memandangkan Afifatul sudah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf