ALOR SETAR, 9 JANUARI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima zakat perniagaan daripada 20 syarikat Korporat berjumlah RM6.04 juta ringgit.

Majlis penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Haji Awang dalam satu majlis yang berlangsung di TH & Convention center Alor Setar Kedah.

Antara kesemua syarikat itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mendahului penyerahan zakat perniagaan kepada LNZK diikuti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, QSR Brands (M) Holdings Berhad, E-Idaman Sdn Bhd, Maybank Islamic Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad,Telekom Malaysia Berhad bersama anak syarikat GITN Snd Berhad, BINA Darul Aman Berhad, Rakyat Holdings Sdn Berhad dan Malaysia Airport Holdings Berhad.

Pada masa sama, antara syarikat lain yang turut melaksanakan bayaran zakat itu ialah Angakatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, KEDA Holdings Sdn. Berhad, Pertubuhan Peladang Kawasan MADA Bukit Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan Silaturahim MADA Titi Haji Idris, Primelux Energy Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Tun Adam Malik MADA Pengkalan Kundor, Langkawi Port Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan MADA Kobah, dan Pertubuhan Peladang kawasan MADA Pendang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman ketika berucap dalam majlis itu berkata, prestasi pengurusan zakat kini semakin positif dan pihaknya meletakkan sasaran kutipan dan agihan lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam masa sama, majlis itu turut menyaksikan LZNK menyalurkan Agihan balik zakat kepada lapan agensi dengan jumlah keseluruhan RM 1,958,309.37.

Selain itu, dalam majlis yang sama LZNK turut menyalurkan bantuan zakat kepada 2 buah masjid dan 2 buah sekolah antaranya Masjid Kariah Alor Pulai, Masjid Ghairu Jame’ Al-Ariffin, Maahad Tahfiz Nur Jannah Kupang dan SMA Taufikiah Khariah AL-Halimiah, Guar Chempedak dengan jumlah keseluruhan RM 250,000.00

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf