24 Oktober 2017 – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan mereka bernilai RM11,386,400 bagi tahun kewangan berakhir 2016.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Negeri Kedah ke-29 sudi mencemar duli bagi menerima zakat perniagaan PNB bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Y.Bhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar yang mengetuai serahan zakat tersebut menyerahkan zakat perniagaan PNB kepada Tuanku Sultan sambil disaksikan oleh Y.B. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din, Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah yang juga merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria bin Othman dan Mufti Negeri Kedah.

Penyerahan tersebut sekaligus menyaksikan PNB menjadi syarikat tertinggi bayaran zakat mereka.

Turut hadir bnersama wakil PNB, Y.bhg. Dato’ Abdul Rahman Ahmad sekalu Presdient dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dan Y.bhg. Dato’ Mohd Nizam Zainodin selaku Timbalan President dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Kewangan, Modal Insan dan IT Kumpulan PNB serta Y.Bhg. Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Kumpulan PNB.