PENDANG, 30 SEPTEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini telah mengadakan Program Santuni Asnaf di sekitar Kariah Masjid Guar Kepayang, Pendang Kedah.

Dalam program tersebut sebanyak 10 keluarga telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan keperluan asas daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta syarikat Korporat yang turut hadir.

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, program bantuan itu dibuat dengan kerjasama jawatankuasa Kariah Masjid Guar Kepayang, syarikat korporat serta agensi kerajaan dan badan berkanun.

“..kita ke 10 buah rumah yang dicadangkan oleh Penolong Amil lantikan Zakat Kedah dan mendapati sebahgiannya akan dibaik pulih manakala sebahagian lagi akan menerima bantuan Bina Rumah memandangkan rumah-rumah berkenaan ada yang sudah daif dan tidak selamat utk diduduki”

Beliau turut menjelaskan bahawa Zakat Kedah perihatin dengan kehidupan asnaf terutamanya yang berkaitan dengan isu perumahan.

“Kita sangat mengambil berat setiap aduan yang diterima dan inilah satu drpda inisiatif kami utk membantu asnaf melalui program2 seumpama ini”

Menurutnya lagi, antara syarikat dan agensi yang terlibat dalam program tersebut ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kedah, THB Maintenance Sdn Bhd, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Syarikat Maker Recipe Sdn. Bhd (Kilang Cap O), Syarikat Ayam Bismi, dan Syarikat Adabi.

Beliau berkata, (LZNK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Katanya lagi, masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemiskinan diharap dapat menyalurkan info berkenaan terus kepada Zakat Kedah.

Maklumat itu juga boleh disalurkan kepada penolong amil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai di setiap masjid seluruh negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf