POKOK SENA, 4 SEPTEMBER 2018 – Program Tanggungjawab Sosial bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena.

Seramai 30 orang peserta terlibat dalam program tanggungjawab sosial yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan iaitu PDRM, JKM, PZDPS.

Program tersebut bertujuan untuk membela nasib seorang asnaf yang hidup dalam keadaan serba dhaif.

maklumat yang diterima, asnaf tersebut merupakan seorang ibu tunggal dan tidak bekerja serta tidak mampu untuk menyara keluarga.

Hasil siasatan didapati pemohon Rohana Hasan mempunyai 5 orang anak yang mana semuanya tidak bersekolah berumur diantara 17 hingga 5 tahun.

Anak sulungnya bekerja sebagai pencuci kereta, yang kedua hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan sahaja bagi membantunya.

Anak ketiga dan keempat beliau tidak bersekolah dan anak yang masih kecil baru berusia 5 tahun.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Pokok Sena, Mohd Sani Harun telah menyerahkan bantuan kit makanan asas kepada keluarga tersebut.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat terutamanya pihak lembaga zakat daerah Pokok Sena kerana membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung beliau.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf