BALING, 05 OGOS 2018 – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tatkala sepasang warga emas yang di santuni oleh wakil PZD Baling baru-baru ini berada dalam keadaan yang sangat uzur daripada segi keadaan rumah mereka diami.

Mohd Sin Awang, 81 tahun dan Zaharah Bahari, 79 tahun dari Kampung Batu Satu, Kuala Ketil terdahulu telah membuat satu permohonan bantuan baik pulih rumah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Penolong Amil karyah, Ustaz Addnan Hj. Din, mereka juga tinggal bersama seorang lagi anak mereka yang membantu dalam menanggung kos sara hidup keluarganya.

Namun begitu, kesempitan hidup yang mereka alami selama ini telah mendapat perhatian daripada pihak PZD Baling.

Menurut Mohd Sin, rumah yang mereka diami ini terletak di kawasan paya dan bukit. Hal demikian telah menyebabkan rumah mereka sering dinaiki air dan pada masa yang sama turut menjadi laluan kepada air bukit.

Sehubungan itu, wakil Bahagian Operasi dan Dakwah PZD Baling berkata, tujuan turun padang yang dilakukan ini adalah untuk menyalurkan bantuan segera berbentuk wang ringgit dan juga kit bantuan makanan kepada keluarga Mohd Sin, selain itu PZD Baling juga akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan baik pulih kepada mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Mohd Sin dan Zaharah turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kerana amat prihatin dengan nasib mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf