PADANG TERAP, 05 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Padang Terap baru-baru ini berkesempatan menziarahi Puteh Ahmad, 62 tahun yang menetap di Kampung Tandop, Nami Kedah.

Terdahulu Pejabat Zakat Daerah Padang Terap telah mendapat satu aduan daripada masyarakat setempat mengenai kisah kesempitan hidup dan kedaifan kediaman yang ditinggal oleh Puteh Ahmad.

Putih Ahmad tinggal bersama seorang anak bujangnya Khairul Amwar Murshadad Man, 26 tahun yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. Kehidupan mereka ternyata amat daif dan serba kekurangan telah menjadikan pelbagai kekangan didalam kehidupan.

Dalam pada itu, wakil Pejabat Zakat Daerah Padang Terap, Mohammad Luqman Ismail terdahulu menyerahkan Kit bantuan Makanan asas kepada Puteh Ahmad dan akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya untuk disalurkan kepada beliau sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf