KUBANG PASU, 8 APRIL 2019 – Lembaga Zakat Negeri melalui Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu baru-baru ini turut berkesempatan menyertai Karnival Mahabbah Pusat Islam yang diadakan bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) Jitra Kedah.

Dalam masa yang sama, karnival yang berlangsung selama beberapa hari itu turut melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan korporat.

Selain itu, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDPS) juga turut mengambil inisiatif ini bagi membuka kaunter zakat untuk memudahkan orang ramai khususnya penduduk setempat bagi mendapatkan info-info dan maklumat terkini berkenaan zakat.

Dalam pada itu, rata-rata para pengunjung juga turut didedahkan mengenai ilmu dan pengetahuan mengenai jenis-jenis zakat dan kaedah pemotongan zakat dengan taksiran yang tepat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”