SIK, 29 JANUARI 2019 –PZD Sik baru-baru ini berkesempatan turun melakukan penilaian semula keatas 9 orang penerima bantuan miskin bulanan dalam qariah hujung bandar.

Tujuan pemeriksaan ini dilakukan secara rawak adalah bagi memastikan penerima bantuan ini masih lagi layak untuk menerima bantuan zakat di bawah skim had kifayah yang telah diperkenalkan LZNK.

Sehubungan itu terdapat sebahagian daripada penerima telah menerima bantuan zakat secara bulanan dalam tempoh yang lama mereka ini boleh diklasifikasikan tidak lagi tergolong dalam kalangan asnaf fakir miskin.

Hal ini kerana, setelah beberapa tempoh menerima bantuan kewangan zakat, ada diantara mereka sudah mampu berdikari. Ini menunjukkan bantuan zakat benar-benar membantu.

Jika dahulu, ada diantara mereka hanya berjalan kaki atau mengayuh basikal untuk keluar. Namun kini mereka sudah mampu membeli motorsikal. Setapak demi setapak mereka perlu keluar dari asnaf fakir miskin dan perlu cuba berdikari tanpa mengharapkan bantuan semata-mata.

Wakil PZD Sik turut menjelaskan bahawa bantuan zakat bukanlah bersifat bantuan untuk menyara kehidupan mereka seumur hidup, tetapi ia lebih kearah meringankan beban mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf