YAN, 13 MAC 2019 – Penolong Amil amat memainkan peranan penting dalam usaha membantu LZNK dalam menyantuni dan menyalurkan bantuan terus kepada asnaf, Hal demikian Penolong amil merupakan ejen lantikan secara langsung daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap kariah masjid dalam Negeri Kedah.

Lantikan penolong amil ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan asnaf dapat dibantu dengan lebih berkesan.

Selain itu, Penolong amil berperanan memantau anak kariah yang tergolong dalam golongan asnaf supaya mereka tidak terlepas pandang dalam mengagihkan bantuan zakat.

Terdahulu, PZD Yan telah menganjurkan bengkel pemantapan penolong amil yang telah dihadiri seramai 39 orang penolong amil meliputi sekitar daerah Yan.

Bengkel ini diadakan bagi tujuan memberi penerangan dengan lebih jelas berkenaan pengurusan mengenai skim-skim agihan bantuan yang telah dilaksanakan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”