YAN, 30 JULAI 2018 – Pegawai Zakat Daerah Yan, Hj Logman Husain baru-baru ini telah meyampaikan satu taklimat berkenaan aktiviti kutipan dan agihan serta program dakwah yang dijalankan oleh Pejabat Zakat Daerah Yan kepada wakil Penyelaras Parlimen Jerai bertempat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Yan.

Taklimat ini diadakan setelah dipohon melalui Parlimen Jerai bagi memberi sedikit pendedahan kepada Penyelaras Parlimen berkenaan skim-skim bantuan ada ada di Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK).

Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyampaikan taklimat yang sama berkenaan bantuan yang terdapat di (JKM) negeri Kedah.

Dalam pada itu, Hj Logman berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan semua pihak bagi tujuan memastikan masyarakat yang tergolong dalam kalangan asnaf tidak terkecuali untuk mendapatkan hak mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”