BALING, 15 OKTOBER 2018 – Berikutan maklumat yang diterima daripada penolong amil kariah, Azham Hashim tentang sebuah rumah di Kampung Tok Diah, Sira Ulu Pulai di kariah beliau, Pejabat Zakat Daerah Baling telah hadir ke sana bagi menziarahi pemilik rumah itu.

Disingkapkan mengenai rumah itu, pihak zakat mendapati bahawa pemilik rumah yang usang dan uzur itu didiami oleh Siti Minah@Khatijah Bt Ayob, yang berumur 72 tahun beserta seorang anak dan menantu.

Menurut Minah,rumah yang didiami beliau itu merupakan rumah yang didirikan oleh arwah suami beliau hampir 30 tahun yang lalu dan kini hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.

Tambah beliau lagi, keadaan kesihatan beliau yang terganggu sejak 10 tahun kebelakangan ini akibat daripada sakit stroke (lumpuh) sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidup beliau.

Dengan keadaan beliau yang sebegitu, minah tidak lagi mampu bekerja mahupun untuk membaiki kerosakkan rumah beliau.

Oleh itu, bagi meringankan beban yang dialami oleh Minah sekelurga, Wakil Pihak Zakat Baling akan cuba mempertimbangkan bantuan yang selayaknya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf