LANGKAWI, 14 NOVEMBER 2018 – Zakat Kewajipan Bukannya Pilihan. Bertepatan dengan ungkapan ini, Pejabat Zakat Daerah Langkawi telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Ejen Zakat yang dihadiri oleh 27 orang amil termasuk ejen masjid dan juga sekolah daripada sekitar Daerah Langkawi.

Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi penjelasan berkaitan pengiraan zakat serta kefahaman yang sebenar kepada ejen-ejen zakat tersebut.

Taklimat bengkel tersebut telah disampaikan oleh Mohd Zaidi Azizan, wakil daripada Jabatan Pengurusan Zakat Korporat Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) dan Asymawi A.Halim wakil daripada Jabatan Pengurusan Zakat Harta LZNK.

Manakala dalam majlis yang sama, sebanyak rm1500.00 elaun amil turut diserahkan kepada para amil oleh ketua Jabatan Pengurusan Zakat Harta, Dandrawi Hj Kamarudin dan Pegawai Zakat Daerah Langkawi, Yusuf bin Ahmad.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf