KULIM, 12 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kulim (PZDKL) melalui wakilnya, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain telah berkesempatan untuk turun menyantuni keluarga Ahmad Desa,71 tahun, yang menghidapi penyakit angin ahmar sejak lapan tahun yang lalu.

Mohd Zain memiliki sembilan orang ahli keluarga dan tinggal menetap di Kampung Batu Puteh. Beliau menghidap penyakit angin ahmar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan untuk dijadikan sumber pendapatan keluarga.

Menantunya yang tinggal bersama hanya bekerja sebagai pemandu lori kelapa sawit dan menjadi tulang belakang keluarga ini untuk menyediakan keperluan dapur serta rawatan pesakit.

Keluarga ini turut bergantung harap keatas bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semenjak bapa mertuanya menghidap penyakit tersebut.

Malahan kesihatan ibu mertuanya turut tidak menentu akibat penyakit jantung dan darah tinggi yang dialaminya.

Terdahulu, PZD Kulim telah menyerahkan kit bantuan makanan bagi mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf