KUALA MUDA, 11 DISEMBER 2018 – Sudah jatuh ditimpa tangga, Itulah ungkapan yang dapat digambarkan atas nasib yang menimpa keluarga Mohamad Basri Embi yang tinggal di Kampung Pengkalan Bukit Kechik.

Kediaman yang didiami mereka telah cuba dipecah masuk oleh pencuri pada petang 04 Disember 2018 lalu. Kejadian berlaku sekitar jam 06.00 petang itu ketika tiada ahli keluarga yang berada di rumah.

Lebih menyayat hati, kejadian tersebut juga telah menyebabkan kerosakan yang teruk pada bahagian rumah mereka. Kejadian berlaku disebabkan kereta beliau yang berada di luar rumah telah dilanggar oleh kereta pencuri.

Ekoran dari perlanggaran tersebut, kereta beliau telah merempuh dinding rumah beliau sehingga mengakibatkan dinding bahagian dapur rumah mereka telah roboh.

Basri yang tinggal bersama isteri dan dua orang anaknya yang masih belajar merupakan salah seorang penerima bantuan dari LZNK.

Beliau yang bekerja dengan syarikat IDAMAN turut bertugas menjaga keselamatan Masjid Bukit Kechil bagi menambah pendapatan sekeluarga. manakala Isteri beliau tidak bekerja hanya merupakan suri rumah.

Menurut Basri, kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah kediamannya bukanlah yang pertama kali berlaku. Sebelum ini, rumahnya juga pernah dipecah masuk ketika waktu malam. Namun, kejadian tersebut disedari oleh mereka sekeluarga.

sebahgian rumah Embi yang mengalami kerosakan akibat rembuhan kereta beliau oleh pencuri yang cuba merompak masuk ke rumahnya

Pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda mendapat maklumat berkaitan kejadian tersebut daripada Imam Masjid Bukit Kechil merangkap penolong amil, Ustaz Azizan Muhammad yang turut menziarahi keluarga Basri.

Dalam pada itu, PZD Kuala Muda turut meluahkan rasa simpati atas musibah yang berlaku kepada keluarga Basri. Ternyata kerugian yang dialami beliau sekeluarga agak tinggi ekoran terpaksa membaikpulih rumah kediaman dan kereta yang rosak disamping keadaan beliau yang tidak boleh bekerja buat sementara waktu.

Terdahulu sewaktu wakil PZD Kuala Muda menziarahi keluarga Basri turut menyampaikan sumbangan kecemasan kepada Basri sekeluarga dan akan mempertimbangkan bantuan yang bersesuaian kepada beliau.

Lawatan wakil Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda bersama Penolong Amil Kariah ke kediaman Embi

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf