KOTA SETAR, 11 DISEMBER 2018 –Nasib tujuh keluarga mangsa kejadian ribut baru-baru ini dari tiga mukim di daerah Kota Setar mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Ahmad berkata, LZNK melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar turun padang menziarahi keluarga terlibat di rumah mereka.

Menurutnya, tujuh rumah mengalami kerosakan terutamanya di bahagian bumbung kediaman mereka akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di sebelah petang.

Antara kawasan terlibat termasuklah mukim Titi Gajah, Padang Lalang dan Gunong, tambahnya lagi LZNK mengambil inisiatif dan tindakan segera sebaik menerima maklumat darip penghulu mukim dan penolong amil kariah dilantik LZNK.

Dalam kunjungan itu, PZD Kota Setar telah menyerahkan bantuan segera berupa Kit Bantuan Makanan Asasi LZNK serta wang ehsan kepada mangsa yang terlibat.

Menurut beliau, bantuan susulan kepada tujuh keluarga mangsa ribut di mukim terlibat akan diberikan setelah siasatn lanjut selesai dijalankan.

Dalam pada itu, rata-rata mangsa yang ditemui amat berterima kasih kepada LZNK dan para pembayar zakat di Negeri Kedah kerana sentiasa cakna serta prihatin terhadap isu masyarakat setempat khususnya golongan asnaf.

Turut hadir, Penghulu Mukim Gunong, Mohd Huzaimi Abd Ghani, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Setar dan Unit Bencana Pejabat Daerah Kota Setar.

Wakil Pejabat Zakat Daerah Kota Setar menyerahkan kit bantuan makanan asas kepada mangsa ribut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf