BALING, 18 MAC 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan skim agihan balik kepada mana-mana individu dan syarikat yang mengeluarkan zakat mereka minimum RM 10,000 dan keatas kepada LZNK.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainol Abidin, sebanyak 2/8 daripada jumlah zakat tersebut boleh diagihkan sendiri oleh para pembayar.

Rentetan daripada itu, pihak pejabat zakat daerah baling yang diketuai oleh pegawainya sendiri berkesempatan bertemu beberapa pembayar zakat sekitar daerah Baling bagi tujuan menyerahkan cek agihan balik tersebut bagi syarikat mereka.

Walaupun begitu, hanya terdapat 3 pembayar yang sempat disantuni sekitar daerah Baling, meskipon masih ramai lagi pembayar zakat yang menyerahkan urusan agihan kepada pihak LZNK.

Miezam Mesra Sdn. Bhd dan Farmasi Watan, Kupang antara dua syarikat yang merupakan pembayar zakat, berminat untuk mengagihkan bantuan mereka sendiri.

Justeru itu, pihak LZNK amat berbesar hati untuk menyaran kepada orang ramai agar bermuamalat dengan perniagaan muslim agar perniagaan tersebut akan lebih berkembang dan terus maju di masa hadapan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”