ALOR SETAR, 08 DISEMBER 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima zakat perniagaan daripada 19 buah syarikat-syarikat korporat berjumlah RM 4,600,224.23 yang diserahkan dalam satu majlis penyerahan zakat perniagaan bersama syarikat korporat di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar.

Antara syarikat yang mendahului penyerahan zakat perniagaan ini Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berjumlah RM812,974.82, diikuti Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah sebanyak RM500,000.00, Kedah Medical Centre Sdn Bhd sebanyak RM493,879.40 dan QSR Brands (M) Holdings Bhd berjumlah RM 440,284.00.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah THB Maintenance Sdn Bhd yang mengeluarkan zakat sebanyak RM393,310.42, Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd berjumlah RM250,000.00, Panorama Langkawi Sdn Bhd sebanyak RM229,134.00 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia berjumlah RM201,000.00.

Sementara itu, sebelas buah syarikat lagi turut mengeluarkan zakat kepada LZNK ialah THB Infra Sdn Bhd  sebanyak RM57,587.73, Kumpulan Anak Syarikat KEDA  RM72,063.93, GITN Sdn. Berhad  RM95,000.00, Affin Islamic Bank Berhad  RM100,000.00, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)  RM112,381.51, Syarikat Air Darul Aman  RM120,000.00, Celcom Axiata Sdn Bhd  RM130,299.00, Bank Muamalat Malaysia Berhad  RM159,304.08, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah  RM183,005.34 dan Ayam Bismi Sdn Bhd  berjumlah RM200,000.00

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, syarikat yang membayar zakat perniagaan akan dapat membina hubungan serta kepercayaan pengguna untuk terus setia dengan mereka.

“Ia bukan hanya melambangkan rasa syukur kepada rezeki perniagaan yang dikurniakan ALLAH kepada mereka, malah perniagaan mereka akan mendapat jaminan perlindungan daripada ALLAH terutama dalam suasana ketidaktentuan ekonomi sekarang.

“Di dalam dunia globalisasi, syarikat korporat bukan sahaja perlu bersaing untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan kualiti produk yang baik tetapi juga perlu bersama menonjolkan sikap kepedulian terhadap mereka yang memerlukan melalui pengagihan kekayaan syarikat bagi membantu sosio ekonomi mereka,” katanya.

Hadir merasmikan majlis ini adalah Sahibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Haji Fadzil Haji Awang yang juga merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”